Mengilhamkan Solusi Perniagaan

NXG Global Sdn. Bhd. (NXG) merupakan sebuah syarikat perkhidmatan global yang menyediakan pelbagai solusi perniagaan yang padat melalui Perniagaan Proses Penyumberan Luar atau lebih dikenali sebagai BPO (Business Process Outsourcing). BPO memudahkan pelanggan untuk lebih menumpukan aset tenaga mereka ke arah teras operasi perniagaan.

NXG Global pada masa ini lebih tertumpu kepada industri kecantikan dan kesihatan (Health and Beauty Industry – WHB) yang dianggarkan bernilai lebih daripada USD 3.4 trilion di seluruh dunia pada tahun 2013. Syarikat kami berpusat di Malaysia iaitu negara BPO ketiga terbesar di dunia, dan kami menawarkan solusi-solusi perniagaan yang berkualiti, kecekapan serta kemahiran kepada para pelanggan.
Bermotokan ‘Mengilhamkan Solusi Perniagaan’, perkhidmatan global NXG Global merangkumi perkhidmatan yang melibatkan Kewangan, Perakaunan, Jualan, Pemasaran, Pengurusan Khidmat Pelanggan, Teknologi Maklumat, Pergudangan dan Rekaan Kreatif.

Misi Kami

Misi kami adalah menyediakan ilham solusi perniagaan yang akan terus membentuk masa depan korporat kami dan para pelanggan kami. Kami amat memahami kepesatan dunia perniagaan dalam suasana globalisasi, dimana masa, bakat, sumber dan modal belanjawan boleh mempengaruhi keputusan sesebuah perniagaan. Menerusi khidmat perniagaan, kepakaran, dan pengenal pastian keperluan klien kami, kami mampu menawarkan solusi yang kukuh dan khidmat pelanggan positif kepada pelanggan klien kami untuk memenuhi kehendak perniagaan, sekaligus mencetus inspirasi dan pertumbuhan perniagaan mereka.