Malaysia merupakan negara yang diiktiraf sebagai destinasi Perkongsian Perkhidmatan Global bertaraf tinggi.

Sokongan penuh kerajaan, kewujudan sumber tenaga berkemahiran tinggi dan berkepakaran khusus, serta kemudahan sistem pengangkutan dan prasarana canggih menyebabkan pelbagai syarikat antarabangsa telah menubuhkan pejabat kanan mereka di negara ini. Malaysia secara konsistennya menduduki tempat ke-3 dalam Indeks AT Kearney Lokasi Perkongsian Perkhidmatan Global sebagai lokasi terbaik untuk menjalankan perniagaan. Kebanyakan syarikat antarabangsa memutus untuk menubuhkan pejabat mereka di sini sebagai pusat operasi rantau, selain menambah portfolio servis perniagaan global mereka. Pusat perkongsian perkhidmatan, mahupun pusat dalaman global (Global In-House Center) juga merupakan komponen pasaran yang signifikan, dan ini boleh dilihat oleh syarikat-syarikat gergasi AIG, GlaxoSmithKlane, HSBC, Manulife dan Shell yang telah menetapkan pejabat kanan mereka di negara ini.