Pengurusan Perhubungan Pelanggan

Sebuah perniagaan akan berkembang dengan adanya hubungan baik dengan pelanggan. Di NXG Global, bahagian Pengurusan Perhubungan Pelanggan kami menyediakan teknologi dan prosedur untuk mengurus, memperbaiki dan memudahkan proses jualan, bantuan sokongan dan interaksi dengan pelanggan korporat dan rakan kongsi perniagaan kami.

Menerusi talian bebas tol khas, Pengawai Perhubungan Pelanggan kami mampu memberi respon, mentadbir dan menguruskan permintaan klien kami dengan mudah untuk menjalin kesetiaan para pelanggan serta mengekal hubungan niaga. Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan NXG Global adalah yang terkini dan mampu melancarkan serta memperbaiki pengalaman pengguna. Sistem ini menyambung butiran pelanggan, harga, rekod komunikasi pelanggan, dan log tempahan, justeru menawarkan pengawasan serta pengurusan proses niaga dari awal hingga akhir.

Hubungi Kami!

Di NXG, kami komited untuk memberikan yang terbaik. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, maklum balas, atau cadangan perniagaan mengenai perkhidmatan kami, sila hubungi kami.