Gudang & Perlaksanaan
Apabila perniagaan anda berkembang dan jumlah permintaan perniagaan menjangkaui keupayaan syarikat anda untuk memenuhi permintaan tersebut, anda perlu mempertimbangkan penyumberan luar, perkhidmatan gudang dan servis pemenuhan pesanan. NXG Global menawarkan perkhidmatan pergudangan dan servis pemenuhan pesanan di Sabah Malaysia. Pusat ini terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu dengan akses ke Pelabuhan Kontena Antarabangsa Teluk Sepanggar di mana penghantaran melalui udara mahupun laut tidak menjadi isu.
Tidak kira destinasi dan asal penghantaran anda adalah di Asia, Amerika Syarikat, United Kingdom mahupun China, NXG mampu menghantar produk anda kepada pelanggan secara pantas dan menjimatkan kos. Kemahiran bahagian penghantaran kami merangkumi ilmu dan pengalaman dalam selok-belok pengurusan kastam, penghantaran import dan eksport domestik dan antarabangsa.

Hubungi Kami!
Di NXG, kami komited untuk memberikan yang terbaik. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, maklum balas, atau cadangan perniagaan mengenai perkhidmatan kami, sila hubungi kami.