Malaysia • Hong Kong • China • Jerman • Switzerland

Mengapa Sabah, Malaysia?

Malaysia sememangnya sebuah destinasi pilihan Perkongsian Perkhidmatan Global dimana syarikat-syarikat antarabangsa tertarik pada proses transaksi yang mudah dan aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan

Pandangan udara bandar Kota Kinabalu
Pemandangan pelabuhan bandar Kota Kinabalu
Pandangan lanskap bangunan-bangunan Persekutuan
Laluan udara antarabangsa Sabah (layangkan tetikus untuk imej yang lebih jelas)

Pemilik syarikat-syarikat generasi baharu, khususnya yang mensasarkan risiko perniagaan yang rendah dan mudah dikawal lebih terbuka kepada konsep perkhidmatan jarak jauh dan penyumberan luar. Mereka sanggup  membayar nilai premium yang tinggi untuk mendapatkan manfaat dan kelebihan yang ditawarkan di negara Malaysia. Antara sebab mengapa Sabah, Malaysia layak dipilih sebagai pusat perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar perniagaan adalah kerana:

Tenaga kerja pelbagai budaya dan etnik yang fasih dalam berbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Kantonis dan Mandarin

Lokasi strategik di Asia yang juga merupakan hab aktiviti perniagaan

Kos yang efektif berbanding sumber pasaran yang lain mahupun dari negara-negara Asia Pasifik seperti Singapura dan Australia.

Sokongan kuat daripada organisasi yang terlibat dalam pembangunan industri teknologi (IT-BP) seperti Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) yang mengurus dan menyelia inisiatif ICT negara Malaysia dan Penyumberan Luar Malaysia/PIKOM.

Memiliki faktor makro seperti ekonomi kukuh, kestabilan politik, rangkaian perhubungan yang baik dan infrastruktur yang mampan

Penembusan populasi bandar peringkat-2 dan peringkat-3 di luar kawasan Kuala Lumpur yang mampu memberikan kelebihan kos dan akses kepada bakat-bakat baru.