Pengurusan jualan adalah lokomotif dalam memacu sesebuah perniagaan. Prestasi jualan adalah penting dalam menentukan kejayaan organisasi syarikat anda. Namun begitu, pengurusan bahagian jualan adalah rumit dan mencabar pada masa kini. NXG Global membantu anda dalam membangunkan strategi pengurusan kemahiran jualan dan strategi ganjaran yang selaras dengan keperluan pertumbuhan perniagaan anda. Kami menyediakan kepakaran dalam menghasilkan dan melaksana program-program yang mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tenaga jualan bagi merealisasikan strategi jualan syarikat menjadi hasil kewangan yang positif.