Kami membahagikan keperluan anda, membekalkan servis berkualiti, dan memenuhi keperluan perkhidmatan khususnya dalam aspek Kewangan, Jualan dan Pemasaran, Pengurusan dan Pentadbiran, Teknologi Maklumat, Pergudangan dan Pemenuhan Pesanan, dan juga Rekaan Bentuk Grafik.

Jualan

Kami menyediakan kepakaran dalam menghasilkan dan melaksanakan program-program yang mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tenaga kerja jualan dan juga merealisasikan strategi jualan syarikat menjadi hasil kewangan yang positif.

Promosi & Pemasaran

Pemakluman kejayaan syarikat kepada orang ramai dalam susasana telekomunikasi media yang serba kompleks sememangnya mencabar. Di NXG, kami melatih tenaga kerja dan pelanggan-pelanggan kami untuk berkomunikasi, melaksanakan pemasaran dan mempromosi jenama dan identiti korporat mereka secara efektif dan berkesan menerusi pelbagai kaedah dan saluran seperti siaran akhbar, paparan slaid, video pendek dan siaran media digital di laman web dan media sosial.

Kewangan

Pengalaman dan kemahiran kami dalam memanfaatkan teknologi serta komitmen kami untuk memacu kecemerlangan operasi kewangan merupakan asas kepada pembinaan hubungan niaga kami dalam khidmat penyumberan luar.

Penjenamaan

Di NXG, kami menghasilkan projek pemasaran kreatif di atas rangka kerja yang strategik. Strategi penjenamaan kami melibatkan idea berinspirasi yang memaparkan tindakan, perilaku, komunikasi dan reka bentuk.

Sumber Manusia

Perkhidmatan kami merangkumi pengurusan gaji, pembentukan dasar korporat, dan kaji selidik tenaga kerja untuk membantu pelanggan-pelanggan kami membentuk budaya berprestasi tinggi dan mencapai hasil perniagaan yang cemerlang.

Pentadbiran

Di NXG Shared Services, kami memastikan tahap minima tenaga kerja pentadbiran kami sentiasa dipenuhi untuk bersedia menangani kenaikkan pengeluaran syarikat pelanggan kami, yang mana permintaan tugasan pentadbiran juga akan bertambah.

Pembangunan & Latihan

Di NXG Shared Services, kami berusaha mengeluarkan latihan produk yang effektif melalui pembentukan program latihan yang mampu memotivasikan pelatih, serta program yang berpandukan produk dan menggabungkan budaya dan imej syarikat pelanggan.

Pengurusan Perhubungan Pelanggan

Menerusi talian bebas tol khas, Pengawai Perhubungan Pelanggan kami mampu respon, mentadbir dan menguruskan permintaan klien kami dengan mudah untuk menjalin kesetiaan para pelanggan serta mengekal hubungan niaga.

Teknologi Maklumat

Di NXG Shared Services, kami membekalkan inovasi, etika kerja, kecekapan pengurusan kos dan fleksibiliti untuk syarikat pelanggan menyumber luar daripada mana-mana kapasiti teknologi kami seperti infrastrukur pembangunan perisian, penyelenggaraan dan bantuan sokongan.

Reka Bentuk Kreatif

Berpandukan objektif yang menumpukan kepada pengalaman ‘unboxing’ iaitu pengalaman membuka bungkusan produk pertama kalinya, dan juga pengalaman menggunakan produk, kami mampu menepati intipati identiti produk. Ini dilaksanakan melalui penyampaian ‘imej dan emosi’ melalui penggunaan warna dan sususan-susunan elemen tekstile dan imej.

Gudang & Perlaksanaan

Kemahiran bahagian penghantaran kami merangkumi ilmu dan pengalaman dalam selok-belok pengurusan kastam, penghantaran import dan eksport domestik dan antarabangsa.