The first MSC status company in East Malaysia

NXG Global Sdn. Bhd. (formerly known as NXG Shared Services Sdn Bhd) is the first Sabah-based company to attain the MSC status in East Malaysia.

NXG Global Sdn. Bhd. (NXG) merupakan sebuah syarikat perkhidmatan global yang menyediakan pelbagai solusi perniagaan yang padat melalui Perniagaan Proses Penyumberan Luar atau lebih dikenali sebagai BPO (Business Process Outsourcing). BPO memudahkan pelanggan untuk lebih menumpukan aset tenaga mereka ke arah teras operasi perniagaan.

Motto Kami

Bermotokan Mengilhamkan Solusi Perniagaan, perkhidmatan global NXG Global merangkumi perkhidmatan yang melibatkan Kewangan, Perakaunan, Jualan, Pemasaran, Pengurusan Khidmat Pelanggan, Teknologi Maklumat, Pergudangan dan Rekaan Kreatif.

Misi Kami

Misi kami adalah menyediakan ilham solusi perniagaan yang akan terus membentuk masa depan korporat kami dan para pelanggan kami. Kami amat memahami kepesatan dunia perniagaan dalam suasana globalisasi, dimana masa, bakat, sumber dan modal belanjawan boleh mempengaruhi keputusan sesebuah perniagaan. Menerusi khidmat perniagaan, kepakaran, dan pengenal pastian keperluan klien kami, kami mampu menawarkan solusi yang kukuh dan khidmat pelanggan positif kepada pelanggan klien kami untuk memenuhi kehendak perniagaan, sekaligus mencetus inspirasi dan pertumbuhan perniagaan mereka.

Industri Perkhidmatan Global

Malaysia merupakan negara yang diiktiraf sebagai destinasi Perkongsian Perkhidmatan Global bertaraf tinggi.

Sokongan penuh kerajaan, kewujudan sumber tenaga berkemahiran tinggi dan berkepakaran khusus, serta kemudahan sistem pengangkutan dan prasarana canggih menyebabkan pelbagai syarikat antarabangsa telah menubuhkan pejabat kanan mereka di negara ini.

Malaysia secara konsistennya menduduki tempat ke-3 dalam Indeks AT Kearney Lokasi Perkongsian Perkhidmatan Global sebagai lokasi terbaik untuk menjalankan perniagaan. Kebanyakan syarikat antarabangsa memutus untuk menubuhkan pejabat mereka di sini sebagai pusat operasi rantau, selain menambah portfolio servis perniagaan global mereka. Pusat perkongsian perkhidmatan, mahupun pusat dalaman global (Global In-House Center) juga merupakan komponen pasaran yang signifikan, dan ini boleh dilihat oleh syarikat-syarikat gergasi AIG, GlaxoSmithKlane, HSBC, Manulife dan Shell yang telah menetapkan pejabat kanan mereka di negara ini.