Pentadbiran

Dewasa kini, semakin banyak syarikat memilih untuk mendapatkan bantuan penyumberan luar untuk menguruskan tugas-tugas pentadbiran dan proses transaksi mereka sama ada tugas yang melibatkan pemformatan, perlaksanaan semakan rujukan, mengemaskini pangkalan data mahupun menganalisis kos asas. NXG Shared Services sedar bahawa kerja pentadbiran boleh mengganggu tumpuan sebuah syarikat untuk melaksanakan teras operasi perniagaan mereka. Peranan pentadbiran lazimnya dilakukan oleh pekerja berkemahiran rendah atau sederhana dan aspek ini sering membawa cabaran dari segi pengambilan, latihan, pengurusan dan pengekalan tenaga pekerja yang cekap melaksanakan tugas-tugas berkaitan.

Di NXG Shared Services, kami memastikan tahap minima tenaga kerja pentadbiran kami sentiasa dipenuhi untuk bersedia menangani kenaikkan pengeluaran syarikat pelanggan kami, yang mana permintaan tugasan pentadbiran juga akan bertambah. Perkhidmatan kami memberikan pelanggan fleksibiliti dari segi staff pentadbiran yang lebih. Ini seterusnya dapat menjimatkan kos operasi serta memberikan pelanggan keupayaan untuk meluaskan kapasiti perniagaan

Hubungi Kami!

Di NXG, kami komited untuk memberikan yang terbaik. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, maklum balas, atau cadangan perniagaan mengenai perkhidmatan kami, sila hubungi kami.